PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PERSIDANGAN PEMBELAJARAN "CHALLENGE BASED LEARNING (CBL) BAGI TAHUN 2024 DI LABUAN INTERNATIONAL SCHOOL.

JAS HQ - BAHAGIAN PENGUATKUASA 26/07/2024 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERSIDANGAN PEMBELAJARAN "CHALLENGE BASED LEARNING (CBL) BAGI TAHUN 2024 DI LABUAN INTERNATIONAL SCHOOL.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/07/2024
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

PERSIDANGAN PEMBELAJARAN "CHALLENGE BASED LEARNING (CBL) BAGI TAHUN 2024 DI LABUAN INTERNATIONAL SCHOOL. 10 Mei 2024, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menerima jemputan untuk hadir ke Persidangan Pembelajaran "Challenge Based Learning (CBL) daripada Labuan International School (LIS). Persidangan ini telah dihadiri oleh PPK Mohammad Man Sah bin Azman, PPK Muhammad Muniff Adha bin Asnawi, PJ Ahmad Sayuti bin Abdul Rahim dan Pegawai MySTEP, Puan Nur Hidayah binti Bulyan. Dalam proses pembelajaran ini, 4 orang pegawai JASWPL telah ditemubual oleh beberapa orang pelajar LIS untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan projek "Challenge Based Learning (CBL) yang mereka jalankan pada 24 April 2024 di JASWPL. Sebanyak 25 Inovasi sistem pelajaran dan pengajaran berjaya dihasilkan oleh 250 orang pelajar LIS, W. P. Labuan. Menurut Pengetua LIS iaitu Puan Fadlin Aimuni, program ini disertai oleh para pelajar yang berusia 11 hingga 17 tahun. JASWPL mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah dinobatkan sebagai pemenang bagi penciptaan inovasi terbaik. JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Labuan International School, WPL di atas persidangan yang bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mei_2024