PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PETROLIAM NASIONAL BERHAD SCHEDULE WASTE SOP ENGAGEMENT ANJURAN PETRONAS

JAS HQ - BAHAGIAN PENGUATKUASA 26/07/2024 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PETROLIAM NASIONAL BERHAD SCHEDULE WASTE SOP ENGAGEMENT ANJURAN PETRONAS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/07/2024
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

13 Mei 2024, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) - Jabatan Alam Sekitar telah menerima jemputan untuk hadir ke Program "PETROLIAM NASIONAL BERHAD SCHEDULE WASTE SOP ENGAGEMENT" daripada PETRONAS yang telah diadakan di Hotel Lazenda, W. P. Labuan. Persidangan ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) TKP(O), Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Tuan Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC selaku Pengarah JASWPL, pegawai JASWPL dan pegawai/staf PETRONAS. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Salman Hussain bin Inayat Hussain, (Senior General Manager, Enviroment, Social Performance & Product Stewardship, GHSE, PETRONAS) dan Ucaptama disampaikan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, TKP(O), JAS. JASWPL telah memberi perkongsian ilmu mengenai Hala Tuju Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar, Keperluan-Keperluan Terkini Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Aplikasi eSWIS. Sesi lawatan kerja ke premis PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd, WPL turut dijalankan untuk melihat proses dan operasi kerja di premis tersebut. JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas program yang bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mei_2024