PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

PROGRAM CERAMAH, PAMERAN ALAM SEKITAR PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN SEMPENA HARI BUMI TAHUN 2024

JAS HQ - BAHAGIAN PENGUATKUASA 26/07/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM CERAMAH, PAMERAN ALAM SEKITAR PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN SEMPENA HARI BUMI TAHUN 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/07/2024
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

      22 April 2024, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL)- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah berkolaborasi bersama Sekolah Menengah St. Anne, W.P. Labuan (SMSAWPL) dengan mengadakan program ceramah, pameran alam sekitar pada peringkat WPL di SMSAWPL. Program Hari Bumi yang bertemakan “Planet Vs Plastik?? di SMSAWPL telah dirasmikan oleh PK Nurul Asikin binti Mohd Yusof @ Daud. Ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh Pegawai Mystep Puan Nurhidayah Binti Bulyan, bertajuk "Perubahan Iklim" kepada semua pelajar dan warga pendidik SMSAWPL. Pameran Alam Sekitar telah dilaksanakan dengan mempamerkan peralatan berkaitan pemantauan kualiti alam sekitar. Program ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari. JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi SMSAWPL di atas komitmen jitu dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_april_2024