Penerangan
5 April 2024, Bachok - Satu taklimat tentang larangan pembakaran terbuka telah diadakan di Masjid Pondok Moden Kandis,Telong Bachok, Kelantan pada jam 12.30 tengahari iaitu sebelum para jemaah menunaikan solat Jumaat.
Taklimat mengenai larangan pembakaran terbuka tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Ketua Jajahan Bachok, Tuan Ridhuan bin Mohamad Ghazali, pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bachok dan Encik Mohd Senu bin Idris, Penolong Pegawai Kawalan Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.