Penerangan
31 Mac 2024, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menganjurkan suatu Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Bumi 2024. Pertandingan mewarna yang telah diadakan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Elit Kota Bharu ini telah disertai oleh 75 orang pelajar yang berumur antara 4 hingga 6 tahun.