PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SIRI SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) PERINGKAT NEGERI MELAKA

DOE Melaka 11/07/2024 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIRI SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) PERINGKAT NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

PENYERAHAN HADIAH DAN SIJIL KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN KUIZ ALAM SEKITAR TINGKATAN ENAM SECARA ATAS TALIAN   2 JULAI 2024 MENARA PERSEKUTUAN, MELAKA - Susulan kuiz alam sekitar Tingkatan Enam secara atas talian yang telah diadakan pada 6 Jun 2024 yang lalu, hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyerahkan hadiah, sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada wakil pemenang pertandingan tersebut iaitu kepada guru penyelaras bagi pertandingan tersebut.   Kuiz di atas talian ini telah diadakan dengan kerjasama daripada institusi pengajian di peringkat sekolah menengah. Seramai 600 orang murid di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka telah menyertai pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada pengurusan sekolah yang bersetuju menjalin kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Ini menunjukkan komitmen yang jitu dan kesedaran alam sekitar yang tinggi di kalangan warga sekolah terbabit. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!   #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka