PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Program KUDAH Bersama KRT Taman Chemor Idaman

JAS PERAK 11/07/2024 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program KUDAH Bersama KRT Taman Chemor Idaman
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

22 Jun 2024, Kinta - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama pihak YTL bagi menjayakan Program Kudah Bersama KRT Taman Chemor Idaman sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JAS Perak, Encik Hazizi bin Esa. Turut hadir bersama menjayakan program adalah Dato' Halimah binti Hassan, Pengarah Green Enable Technologies/YTL Cement, Encik Karim Din bin Mohd Ismail Pengerusi KRT Taman Chemor Idaman, Dr Kalithasan Kailasam GEC, Puan Hajar binti Ahamed Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional (PPNIN), Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran, Wakil Majlis Bandaraya Ipoh serta komuniti rakyat setempat.   Antara aktiviti aktiviti yang dijalankan sempena program teresebut adalah gotong royong kutip sampah kawasan setempat, penanaman pokok dan sayur sayuran, mengecat kabin, pelancaran papan tanda sungai angkat, pembelian minyak masak terpakai, kitar semula baju terpakai serta aktiviti pendidikan berteraskan komuniti melalui papan tanda. Program ini juga dalam masa yang sama dapat mendidik komuniti sekitar bagi kempen cintai alam sekitar.   Diharapkan pada masa akan datang akan ada lebih banyak program yang sebegini bagi memupuk komuniti setempat akan kepentingan menjaga persekitaran. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama !   #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_jun2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari