PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Mesyuarat

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

JAS HQ - BAHAGIAN PENGUATKUASA 03/07/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/07/2024
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

  5 JUN 2024, RANCHA-RANCHA - JASWPL telah mengadakan satu lawatan kerja ke premis Petronas Chemicals Methanol Sdn. Bhd. Encik Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA selaku Pengarah JASWPL dan pegawai-pegawai Kanan JASWPL telah hadir dalam lawatan kerja ini. Encik Aszman Osmera Chung mewakili CEO Petronas Chemicals Methanol WPL, pihak pengurusan kanan Petronas Chemicals Methanol Sdn. Bhd dan Kontraktor yang dilantik iaitu SWA Water (Engineering) Sdn. Bhd telah turut hadir. Tujuan utama lawatan kerja ini adalah bagi melihat secara jelas mengenai proses menghasilkan methanol Gred AA menggunakan teknologi gabungan rendah, cadangan pembinaan sistem pengolahan efluen baru dan pematuhan industri ini kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Susulan itu, perbincangan juga diadakan antara JASWPL, Petronas Chemicals Methanol Sdn. Bhd. dan kontraktor SWA Water (Engineering) Sdn. Bhd. yang memfokus kepada kaedah penyelesaian dan tindakan yang boleh dan perlu diambil dalam mengatasi isu pencemaran yang timbul. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_jun_2024