Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PELANCARAN PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024 DI MASJID DATO' KLANA PETRA LELA MOHD YUSOF SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Oleh 4dm1n@d03 · 30/06/2024 · 0 paparan

29 & 30 Jun 2024, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan Pelancaran Program Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Program ini dijayakan dengan kerjasama Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan kontraktor pengangkut E-Waste berdaftar Cenviro Sdn Bhd. Program pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan. Seramai 250 orang peserta dan pengunjung dari seluruh Negeri Sembilan hadir ke program ini._x000D_ _x000D_ Program Pengumpulan E- Waste ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada orang awam khususnya komuniti berkaitan kepentingan menguruskan buangan elektrik & elektronik ini dengan cara yang betul. Selain daripada itu, program pada hari ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara mesra alam._x000D_ _x000D_ Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste), Pengumpulan Bahan Kitar Semula dan Minyak Masak Terpakai, Pertandingan Mewarna, Permainan Soopa Doopa, Cabutan Bertuah, Pameran dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Tanam Negara ( PERHILITAN) dan Pemeriksaan Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKN) ._x000D_ _x000D_ Melalui aktiviti yang diadakan ini JAS Negeri Sembilan berharap ianya dapat memupuk dan menggalakkan pengetahuan dan penghargaan yang lebih mendalam mengenai alam semulajadi dan alam sekitar. JAS juga berharap ianya dapat memupuk budaya kebersamaan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang_x000D_ _x000D_ JAS Negeri Sembilan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program – program sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024._x000D_ _x000D_ #NRES_x000D_ #JabatanAlamSekitar_x000D_ #jasn9_x000D_ #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Penganjur
DOE Negeri Sembilan
Fail / Media (8)
  • 20241908154452119.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154452194.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154452232.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154452273.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154452331.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154452365.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154452385.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154452423.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS