Penerangan
18 April 2024, KUCHING - Ahli Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Haji Len Talif Salleh di pejabat rasmi beliau di Wisma Sumber Alam, Kuching. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjemput YB Datuk Haji Len Talif Salleh menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 yang akan diadakan pada 10 dan 11 Mei 2024 di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan.
YB Datuk Haji Len Talif Salleh telah ditaklimatkan berkaitan aktiviti-aktiviti dan pengisian sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Sarawak Energy Berhad, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan dengan kerjasama pelbagai agensi/jabatan kerajaan.
Kunjungan hormat ini diketuai Encik John Rampai, Pengarah JAS Sarawak selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024, Encik Ir. Robin Tigai, General Manager HSE Sarawak Energy Berhad, Ts. Dr. Siti Kartina binti Abdul Karim, Ketua Pusat Pengajian Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sarawak yang merupakan agensi kolaborasi bersama bagi penganjuran Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024.