PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)

Kitar Semula Sisa Elektrik Dan Elektronik Elak Jejas Kesihatan Alam Sekitar

JAS SARAWAK 27/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kitar Semula Sisa Elektrik Dan Elektronik Elak Jejas Kesihatan Alam Sekitar
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

Kuching, 27 April- Masyarakat di sekitar Kuching dialukan menyertai Kempen Kitar Semula Sisa Elektronik dan Elektrik atau E- Waste pada sambutan Hari Air Sedunia 2024 di Tebingan Sungai Kuching bermula hari ini hingga esok. Pegawai Jabatan Alam Sekitar Sarawak Mohd Aznor Lamat memaklumkan Kempen itu diadakan sepanjang tahun dengan kerjasama kerajaan negeri dan perseketuan agar sisa berkenaan menjejaskan kesihatan dan alam sekitar jika tidak dihapuskan dengan kaedah yang sistematik. Beliau berkata masyarakat juga boleh menghantar sisa Elektronik dan Elektrik masing-masing ke pusat pengumpulan E-Waste yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Sarawak. Sisa yang dihantar dapat ditebus dengan wang tunai dan akan dikitar semula. Beliau ditemui RTM pada pameran sambutan Hari Air Sedunia di Tebingan Sungai Kuching hari ini.