Penerangan
MERIAH - Hari terakhir Sambutan Hari Air Sedunia 2024 di Waterfront, Kuching.
Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dan informasi di reruai NRES di hari kedua dan terakhir ini.
Aktiviti kumpul dan tebus barangan ewaste di lori ewaste juga mendapat sambutan hangat pada hari terakhir kutipan.
Turut diserikan kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, yang turut membuat pembuangan ewaste di tong ewaste yang disediakan di reruai.
Begitu juga, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim. Beliau turut berpeluang mendengar penerangan mengenai model air bawah tanah oleh JMG Sarawak dan kempen pengumpulan barangan e-waste oleh JAS.
Terima kasih warga Kuching atas kehadiran anda. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS atas jemputan menyertai reruai. Semoga kita berjumpa lagi! Ingat lestari, ingat NRES