Penerangan
Pada 27-28hb April 2024, Jabatan Alam Sekitar Sarawak terlibat dalam pameran Sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Semasa melawat ke tempat pameran JAS Sarawak yang bertemakan kempen pengumpulan e-waste, YAB Premier Sarawak, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Ketua Setiausaha NRES, Dato Dr. Ching Thoo A/L Kim turut membuat pembuangan e-waste ke dalam tong pengumpulan e-waste yang disediakan di reruai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Pengunjung yang mengunjungi reruai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) selama dua hari ini berpeluang memperolehi maklumat berkenaan NRES dan JAS serta Jabatan Mineral dan Galian Sarawak (JMG).
Manakala di reruai kempen pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik memberi peluang kepada pengunjung mengetahui kaedah pengurusan buangan yang betul. Kempen pengumpulan ini juga disertai oleh kontraktor berlesen dengan JAS. Pengunjung juga berpeluang menunjukkan sokongan advokasi kempen hindari plastik sekali guna di reruai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.