PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Kedudukan Sebagai Antara Penyumbang Tertinggi Pencemaran Plastik Bukan Sesuatu Yang Patut Dibanggakan

JAS SARAWAK 27/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kedudukan Sebagai Antara Penyumbang Tertinggi Pencemaran Plastik Bukan Sesuatu Yang Patut Dibanggakan
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

KOTA SAMARAHAN, 11 Mei -Semua pihak perlu memainkan peranan bagi menangani masalah penggunaan plastik yang berlebihan serta cara pembuangan plastik yang tidak teratur. Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata ini termasuk melihat semula paten penggunaan meliputi bungkusan makanan dan minuman. Mengambil contoh penggunaan botol minuman plastic, beliau berkata jika 32 juta rakyat Malaysia secara individu meminum satu botol air minuman plastic sehari, maka akan terhasil sisa 32 juta botol sehari dan jumlah tersebut akan menghasilkan 12 bilion botol setahun. Ini katanya akan menyebabkan pencemaran plastik yang tinggi dalam negara dan selalunya berakhir dengan pembuangan di sungai dan laut yang menjejaskan kehidupan marin dan seterusnya menganggu gugat rantaian makanan laut manusia. Malaysia kini katanya antara 10 negara teratas di dunia dan ke-2 di Asia sebagai penyumbang pencemaran plastic tertinggi, sambil menambah kedudukan tersebut bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Oleh yang demikian katanya, semua pihak harus memikiran semula cara penggunaan plastic dan cara pelupusannya agar tidak memusnahkan alam sekitar. Datuk Len berucap merasmikan Sambutan Hari Bumi peringkat negeri Sarawak di Universiti Teknologi MARA Sarawak, Kota Samarahan hari ini. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, John Rampai berkata Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun dan tema tahun ini ialah Planet versus Plastics yang memfokus kepada penglibatan masyarakat untuk mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastic. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 2 hari sambutan meliputi aktiviti penggunaan semula buangan sebagai bahan kitar semula, pertandingan rekacipta dari bahan buangan, kempen penanaman pokok, pertandingan dekorasi kek bertemakan alam sekitar dan kempen pengumpulan e-waste.