PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PROGRAM & MAJLIS PERASMIAN PROJEK PERINTIS PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI STESEN MINYAK TERPILIH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 27/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM & MAJLIS PERASMIAN PROJEK PERINTIS PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI STESEN MINYAK TERPILIH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
27/06/2024
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Petron Fuel International Sdn Bhd dan TM Enviro Industries Sdn Bhd telah mengadakan Program dan Majlis Perasmian Projek Perintis Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Stesen Minyak Terpilih. Program ini telah diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Petron Rinching, Semenyih. Program dan majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Inisiatif pengumpulan e-waste di stesen minyak terpilih ini merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh YB Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan tempat yang mudah dikunjungi orang awam (public area) untuk melupuskan e-waste secara teratur demi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini. Aktiviti lain turut diadakan semasa program ini adalah pameran Kesedaran Alam Sekitar oleh JAS Selangor yang turut memberikan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada peserta program. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.