Penerangan
13 Jun 2024, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bagi Pematuhan Pelepasan Kumbahan Bersama Pengusaha Hotel Dan Kondominium di Port Dickson.
Seramai 120 orang peserta dan urusetia terdiri daripada pengusaha-pengusaha hotel dan kondominium, dan wakil-wakil agensi yang terlibat. Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Kerajaan Negeri Sembilan.
Sesi Libat Urus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 serta memberi pendedahan berkaitam sistem pembetungan kepada pengusaha-pengusaha hotel dan kondominium peranginan bagi memastikan pelepasan kumbahan diuruskan dengan baik.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan setinggi -tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi libat urus kali ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama