PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974: KAWALAN PENCEMARAN DAN PEMULIHAN TANAH DI NEGERI SELANGOR

26/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974: KAWALAN PENCEMARAN DAN PEMULIHAN TANAH DI NEGERI SELANGOR
Tarikh Keluaran
26/06/2024

Penerangan

6 Jun 2024, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 Peringkat Negeri Selangor dan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Kawalan Pencemaran dan Pemulihan Tanah di Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor. Majlis perasmian WED dan seminar telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 360 peserta. Objektif utama penganjuran seminar adalah untuk meningkatkan pemahaman dalam kalangan perancang guna tanah, pemaju projek, perunding EIA, pegawai alam sekitar, Orang Yang Berwibawa (OYB) dan lain-lain mengenai keperluan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan meningkatkan pematuhan secara berterusan terhadap dasar dan arahan semasa JAS bagi kawalan pencemaran dan pemulihan tanah di negeri Selangor. Penganjuran seminar ini sangat bertepatan dengan tema WED 2024 yang dipilih oleh UNEP pada tahun ini iaitu “Land Restoration, Desertification & Drought Resilience??. Tema ini memberi mesej bahawa setiap negara perlu memberi perhatian kepada usaha-usaha pemulihan tanah daratan akibat pembangunan yang tidak terkawal serta melaksanakan pengurusan tanah yang lestari bagi mengatasi masalah kemarau yang memberi impak kepada bekalan air, kemusnahan dan kepupusan biodiversiti, mengurangkan produktiviti pertanian dan penternakan dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor berharap semua pihak dapat melaksanakan perancangan pembangunan di Malaysia dengan lebih baik demi meneruskan kemajuan ekonomi, sosial, dan budaya serta peningkatan kualiti hidup menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.