Penerangan
18 Jun 2024, MELAKA - Unit Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka turut serta di dalam program anjuran pelajar-pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Kampus Bandaraya Melaka. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah memberikan ceramah kesedaran terhadap alam sekitar kepada warga Tadika Little Caliphs, Batu Berendam, Melaka pada 14 Jun 2024 yang lalu.
Fokus ceramah adalah berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar, kitar semula dan larangan pembakaran terbuka. Tayangan video penjagaan alam sekitar juga turut ditayangkan bagi menarik minat kanak-kanak yang menyertai program ini. Adalah penting untuk memupuk semangat dan kesedaran menyayangi dan merasakan alam sekitar adalah sebahagian dari diri kanak-kanak ini sejak dari kecil lagi supaya ia akan kekal hingga mereka dewasa kelak. Sesungguhnya alam sekitar adalah tanggungjawab besama. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menyokong program perkongsian ilmu bersama komuniti di pelbagai peringkat.
Program ini merupakan diantara pengisian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka sebelum kemuncak sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan tidak lama lagi. Nantikan perkongsian mengenainya.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama