PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED) · Rakan Alam Sekitar (RAS)

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR DAN HARI LAUTAN SEDUNIA, DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 25/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR DAN HARI LAUTAN SEDUNIA, DI FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/06/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

04 Jun 2024, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan Pameran Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar dan Hari Lautan Sedunia (World Environment Day & World Ocean Day, WEDWOD 2024) di Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Ybhg. Dato’. Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah. JASWPKL berperanan menyampaikan hebahan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar melalui program pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste), kempen larangan melakukan pembakaran terbuka dan sesi pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar kepada orang awam dan komuniti UPM. Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam dan Penuntut IPT khususnya UPM mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.