PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024

DOE WP Kuala Lumpur 25/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/06/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

  05 Jun 2024, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah turut serta menjayakan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang dianjurkan oleh Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama UEM Edgenta Berhad bertempat di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Puchong. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Azra’ee bin Aziz, Ketua Teknologi & Kelestarian HSSE UEM Edgenta Berhad. Turut mengiringi adalah Prof. Dr. Azlizam bin Aziz, Dekan Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar UPM dan wakil daripada JASWPKL Puan Shafariza binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan). Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah sesi taklimat & demonstrasi kaedah penanaman pokok hutan, aktiviti penanaman 100 anak pokok hutan dari pelbagai spesis dan aktiviti membuat modul terrarium. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar UPM di atas komitmen penganjuran program ini. Diharapkan program seperti ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan yang berguna terutamanya kepada golongan belia dan komuniti setempat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.