PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS

13 MAC 2024, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan kebakaran belukar yang berlaku pada malam kelmarin.

JAS HQ - BAHAGIAN PENGUATKUASA 07/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
13 MAC 2024, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan kebakaran belukar yang berlaku pada malam kelmarin.
Tarikh Keluaran
07/06/2024

Penerangan

13 MAC 2024, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan kebakaran belukar yang berlaku pada malam kelmarin. Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPL menjumpai kesan-kesan kebakaran belukar di kawasan hadapan dengan Muzium Chimney W.P. Labuan. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau Kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00. JASWPL sentiasa komited melakukan pemantauan berterusan melalui rondaan Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap AKAS, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui dua saluran berikut: Talian Bebas 087-408772; Talian Hotline 010-2708772 Portal Aduan https://[email protected] #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2024