PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974: TANGGUNGJAWAB ORANG YANG BERWIBAWA DAN PEMANTAPAN PELAPORAN DIGITAL ALAM SEKITAR ANJURAN JAS WPKL DAN KASKUL

DOE WP Kuala Lumpur 10/06/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974: TANGGUNGJAWAB ORANG YANG BERWIBAWA DAN PEMANTAPAN PELAPORAN DIGITAL ALAM SEKITAR ANJURAN JAS WPKL DAN KASKUL
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
10/06/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

21 MEI 2024 -  Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan JAS WPKL (KASKUL) telah menganjurkan “SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974: TANGGUNGJAWAB ORANG YANG BERWIBAWA DAN PELAPORAN DIGITAL ALAM SEKITAR??.  Seminar sehari yang berlangsung di Swiss-Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Pengarah JAS WPKL iaitu Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin juga bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day – WED 2024).  Seminar ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penerangan kepada pihak industri mengenai kepentingan Orang Yang Berwibawa selaras dengan Seksyen 49A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan keperluan untuk mengurus data dan pelaporan digital alam sekitar melalui sistem-sistem atas talian yang telah dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar seperti ESDR, EMAINS, eSWIS dan MyPremis. Sebanyak 9 buah syarikat tempatan berkaitan alam sekitar telah bekerjasama sebagai pempamer dalam seminar ini. Penyertaan ke seminar ini juga adalah sangat memberangsangkan dengan jumlah peserta seramai 300 orang yang datang dari pelbagai sektor industri dari seluruh Malaysia. Suasana seminar diceriakan lagi dengan empat (4) sesi kuiz atas talian melalui aplikasi kahoot. Seminar berakhir sekitar jam 5.00 petang dengan segmen soal jawab antara pegawai-pegawai JAS WPKL dengan para peserta seminar. JAS WPKL dan KASKUL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian peserta dan pempamer yang menyertai seminar kali ini. Tidak lupa juga kepada barisan kakitangan dan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program seminar ini.  Jabatan ini sentiasa komited dalam memperkasakan usaha bagi pelaksanaan pematuhan undang-undang di Malaysia.