Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SAMBUTAN HARI BUMI DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM), KEPONG, KUALA LUMPUR.
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 05/06/2024
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
27 April 2024, WP Kuala Lumpur –Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan Program Sambutan Hari Bumi Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Program kerjasama agensi di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) iaitu Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Program ini turut disokong oleh Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dan rakan strategik Secret Recipe yang turut sama dalam usaha menyemai rasa kasih dan tanggungjawab melindungi bumi dan alam sekitar.
Hampir 120 org telah terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Bumi ini dan ianya berjalan mengikut perancangan dengan baik dan lancar. Semoga jalinan kerjasama dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.