Penerangan
PROGRAM CERAMAH, PAMERAN ALAM SEKITAR, DAN PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN SEMPENA HARI BUMI TAHUN 2024
27 Mac 2024, Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL)- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah berkolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru (SEKATA), WPL dengan mengadakan program ceramah, pameran alam sekitar dan pengumpulan barangan elektrik dan elektronik (e-Waste) peringkat WPL di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, WPL.
Ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh PK Nurul Asikin binti Mohd Yusof @ Daud, bertajuk "Awas Pembakaran Terbuka" kepada semua pelajar dan warga pendidik SEKATA, WPL. Memorandum persefahaman bersama pihak SEKATA, WPL ditandatangani oleh Encik Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC selaku Pengarah JASWPL.
Program pengumpulan barangan elektrik dan elektronik (e-Waste) anjuran JASWPL dengan kerjasama sekolah telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ibu bapa dan murid. Program bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari telah berjaya mengumpulkan e-Waste sebanyak 40 Kg.
JASWPL merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi SEKATA, WPL di atas komitmen dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024