Penerangan
Hari Bumi adalah satu acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh komuniti di 192 negara seluruh dunia termasuk Malaysia. Ianya bermula sebagai satu gerakan di Amerika Syarikat sejak tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan akan mengadakan Kuiz Sempena Hari Bumi 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 25 sehingga 29 Mac 2024.
Warga Labuan dan pemastautin di Wilayah Persekutuan Labuan dijemput untuk menyertai kuiz ini!
Sila imbas kod QR yang disediakan di poster atau layari pautan ini https://forms.gle/T72nfoffzzMEBx72A.
Seramai 25 pemenang akan dipilih. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan masa terpantas bagi menjawab semua soalan yang diberikan.
Hebahan pemenang akan dipaparkan di laman Facebook Jabatan Alam Sekitar pada 22 April 2024 sempena Hari Bumi 2024.
Selamat Maju Jaya!
“Pemeliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama??
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024