PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi ยท Sekolah Lestari

PERASMIAN GALERI LESTARI DAN PELANCARAN PROGRAM 1 WARGA 1 POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2024

DOE WP Kuala Lumpur 12/05/2024 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERASMIAN GALERI LESTARI DAN PELANCARAN PROGRAM 1 WARGA 1 POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
12/05/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

25 April 2024, WP Kuala Lumpur- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD) bagi menjayakan Program Sambutan Hari Bumi Peringkat Sekolah. Program dimulakan dengan Sesi Perasmian Galeri Lestari SKBD oleh Yang Berusaha Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL dan diiringi oleh Puan Rohani binti Abdul Rahman, Guru Besar SKBD. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di kalangan warga sekolah turut dipergiatkan oleh SKBD melalui pelancaran Program 1 Warga 1 Pokok. SKBD juga turut menjalankan Program Dan Kempen Kitar Semula pada hari Khamis terakhir setiap bulan melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. JASWPKL merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak SKBD di atas komitmen dalam melaksanakan program-program yang amat bermanfaat ini demi kelestarian alam sekitar.