Oleh zaleha · 30/04/2024 · 0 paparan
KERJASAMA RAKAN STRATEGIK JAYAKAN SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU_x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ Kuala Terengganu, 22 April 2024, –Program Lestarikan Bumi Kita Sempena Hari Bumi Sedunia 2024 telah berlangsung di Taman Negeri Boardwalk Setiu, Kg. Pengkalan Gelap, Setiu._x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ Program kerjasama bersama rakan strategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu iaitu WWF Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad telah merealisasikan hasrat bersama dalam usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar._x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ Program ini juga mengajak masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam mengamalkan gaya hidup hijau sebagai usaha dan sumbangan kepada generasi akan datang._x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ Tema Hari Bumi 2024 ialah "Planet vs. Plastics" yang tertumpu ke arah meningkatkan kesedaran meluas tentang risiko kesihatan plastik dengan matlamat utama untuk mengurangkan 60% daripada semua pengeluaran plastik menjelang 2040._x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ Penanda aras kepada kejayaan penganjuran program ini adalah atas kerjasama dan penglibatan semua rakan strategik, pihak pengurusan Politeknik Kuala Terengganu, Sahabat Setiu, ???Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Pertahanan Awam Setiu dan komuniti setempat._x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ Pada program ini 105 anak pokok bakau berjaya ditanam. JAS sentiasa optimis dengan kejayaan penganjuran program ini akan terus meningkatkan komitmen semua pihak dalam melestarikan hutan paya bakau di kawasan Setiu Wetland dan memberi kesedaran kepada generasi muda berkaitan kepentingan hutan bakau kepada ekosistem._x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ <a href="https://www.facebook.com/hashtag/nres?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZWW__Xyv8Qp7TeWamJs1pniM55E3wy7co6PPyLKIAuV_qqlUiQ4meD_Pujk_sjsN55UGdcrxMY3WSaETD69xuDjT19H8l-K7urash-YcBu8KOIiQ_Ib7ltydhMbKtUH8a-9F99NBKIX-LRKlES7zlow&__tn__=*NK-R">#NRES</a>_x000D_ _x000D_ <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jabatanalamsekitar?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZWW__Xyv8Qp7TeWamJs1pniM55E3wy7co6PPyLKIAuV_qqlUiQ4meD_Pujk_sjsN55UGdcrxMY3WSaETD69xuDjT19H8l-K7urash-YcBu8KOIiQ_Ib7ltydhMbKtUH8a-9F99NBKIX-LRKlES7zlow&__tn__=*NK-R">#jabatanalamsekitar</a>_x000D_ _x000D_ <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jasterengganu?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZWW__Xyv8Qp7TeWamJs1pniM55E3wy7co6PPyLKIAuV_qqlUiQ4meD_Pujk_sjsN55UGdcrxMY3WSaETD69xuDjT19H8l-K7urash-YcBu8KOIiQ_Ib7ltydhMbKtUH8a-9F99NBKIX-LRKlES7zlow&__tn__=*NK-R">#jasterengganu</a>_x000D_ _x000D_ <a href="https://www.facebook.com/hashtag/alamsekitartanggungjawabbersama?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZWW__Xyv8Qp7TeWamJs1pniM55E3wy7co6PPyLKIAuV_qqlUiQ4meD_Pujk_sjsN55UGdcrxMY3WSaETD69xuDjT19H8l-K7urash-YcBu8KOIiQ_Ib7ltydhMbKtUH8a-9F99NBKIX-LRKlES7zlow&__tn__=*NK-R">#alamsekitartanggungjawabbersama</a>_x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_ _x000D_
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup