PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

MAJLIS PELANCARAN PENANAMAN POKOK ANJURAN FLEXTRONICS TECHNOLOGY SDN. BHD. BAGI MENYOKONG PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK OLEH YAYASAN AMAL TYT PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 2024

DOE Pulau Pinang 23/04/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELANCARAN PENANAMAN POKOK ANJURAN FLEXTRONICS TECHNOLOGY SDN. BHD. BAGI MENYOKONG PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK OLEH YAYASAN AMAL TYT PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
23/04/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

17 APRIL 2024, BATU KAWAN: JAS Pulau Pinang telah dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Penanaman Pokok anjuran Flextronics Technology Sdn. Bhd. bagi menyokong Program Penanaman 1 Juta Pokok oleh Yayasan Amal TYT Pulau Pinang yang akan dijalankan secara serentak pada 22 April 2024 bersempena Hari Bumi. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Sr. Rozali Mohamud, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT Negeri Pulau Pinang. Turut hadir sama adalah Encik Muhammad Ezhar B. Yusuf, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Puan Norma binti Abd Razak, wakil pengarah JAS Pulau Pinang, En, Chew Eng Seng dari Majlis Bandaraya Seberang Perai dan wakil dari Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan. Dalam majlis yang sama, penyerahan anak pokok bagi menyokong kepada pelaksanaan program ini kepada wakil komuniti dan sekolah yang terpilih turut diadakan. JAS Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Flextronics Technology Sdn. Bhd. kerana sentiasa memberi sokongan penuh dalam program melestarikan alam sekitar.