PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

JAS PULAU PINANG MERASMIKAN PROGRAM PENANAMAN POKOK ANJURAN MSM PRAI BERHAD DALAM MENYOKONG PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK YAYASAN AMAL TYT PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 2024 DI KAMPUNG TERUS, KUBANG SEMANG

DOE Pulau Pinang 23/04/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG MERASMIKAN PROGRAM PENANAMAN POKOK ANJURAN MSM PRAI BERHAD DALAM MENYOKONG PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK YAYASAN AMAL TYT PULAU PINANG SEMPENA HARI BUMI 2024 DI KAMPUNG TERUS, KUBANG SEMANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
23/04/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

Kubang Semang, 22 April 2024- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini diwakili Ts. Azman Shah Ismail, Timbalan Pengarah Pulau Pinang telah merasmikan aktiviti penanaman pokok di Kampung Terus, Kubang Semang, Pulau Pinang melalui Program Penanaman 1 Juta Pokok Yayasan Amal TYT Pulau Pinang anjuran MSM Prai Berhad. Turut hadir sama adalah wakil dari Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, SMK Penanti , MPKK Kampung Terus dan Penyelaras Kadun Penanti. Program ini dianjurkan oleh MSM Prai Berhad dan dibantu oleh pihak komuniti iaitu MPKK Kampung Terus dan pihak dari sector pendidikan Tingkatan 6 SMK Penanti. Sebanyak 1350 dari 8 spesis pokok ditanam di Kampung Terus. Program Penanaman 1 Juta Pokok ini adalah berlangsung secara serentak di seluruh Pulau Pinang hari ini yang melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat di setiap daerah. Program ini telah menggabungkan agensi kerajaan, pihak swasta , sektor pendidikan dan pihak komuniti dalam satu platform pemuliharaan alam sekitar dengan menjalankan aktiviti penanaman pokok. Mesej yang disampaikan bertepatan dengan tema Hari Bumi 2024 iaitu "Planet vs. Plastik". Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada MSM Prai Berhad dan semua yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.