Oleh Zulkifli · 23/04/2024 · 0 paparan

_x000D_
16 APRIL 2024, GEORGETOWN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menghadiri Majlis Pelancaran Anugerah Sekolah Hijau 2024 anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Penang Green Council (PGC) di dewan Auditorium A, KOMTAR, Pulau Pinang.
_x000D_
_x000D_
_x000D_
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Rajendran a/l Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersama barisan Ahli Majlis Pulau Pinang. Pertandingan Anugerah Sekolah Hijau pada tahun ini merupakan edisi yang ke-13 penganjurannya sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2010. JAS Pulau Pinang telah diberi kepercayaan oleh pihak penganjur menjadi salah seorang juri penilai bagi pertandingan ini saban tahun.
_x000D_
_x000D_
_x000D_
Dalam majlis yang sama, disamping taklimat Sekolah Hijau oleh wakil dari Penang Green Council, taklimat berkenaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) turut disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Ilias dari JAS Pulau Pinang kepada lebih kurang 100 orang murid-murid diiringi para pengetua, guru besar dan guru-guru pembimbing sekolah rendah dan sekolah menengah di bahagian pulau, Pulau Pinang.
_x000D_
_x000D_
_x000D_
JAS Pulau Pinang mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak MBPP, PGC, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, pihak sekolah dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mewujudkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan generasi muda dengan membentuk kolaborasi strategik bagi menjayakan program Sekolah Hijau dan Sekolah Lestari di Pulau Pinang.
_x000D_

Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup