PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi · Sekolah Lestari

SESI LIBAT URUS DAN BENGKEL COACHING SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2023/2024 SEMPENA HARI BUMI

DOE WP Kuala Lumpur 23/04/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS DAN BENGKEL COACHING SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2023/2024 SEMPENA HARI BUMI
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
23/04/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

  KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) Tarikh: 19 April 2024 Tempat: Bilik ICT, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sesi Libat Urus dan Bengkel Coaching Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dianjurkan melibatkan 15 buah sekolah rendah dan menengah di WP Kuala Lumpur. Taklimat mengenai SLAAS telah disampaikan oleh Puan Shafariza binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JASWPKL. Seterusnya penerangan dan sesi coaching telah disampaikan serta dibimbing oleh Professor Dr. Ahmad Fariz bin Mohamed dari Institut Alam Sekitar Dan Pembangunan (LESTARI), UKM. Bengkel juga diteruskan dengan sesi Taklimat mengenai Sustainable Development Goals (SDG) oleh Tuan Syed Iskandar bin Syed Mustafa dari Urbanice Malaysia. JASWPKL mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah atas usaha serta penglibatan cikgu-cikgu sekolah dalam menjayakan program SLAAS sesi 2023/2024 ini.