Penerangan
18 April 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab KESMA telah mengadakan Program Ihya Ramadhan 2024 sepanjang bulan Ramadan bagi meningkatkan penghayatan semangat berpuasa selain meningkatkan tahap kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan pegawai JAS.
Kemuncak program telah diadakan pada 5 April 2024 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 19, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Menara Persekutuan, MITC Melaka. Antara program yang telah diadakan pada hari tersebut adalah sesi fotografi raya di sekitar Menara Persekutuan, Ceramah Agama oleh Ustaz Muhammad Idris Singging bin Abdul Halim, sesi tadarus dan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus.
Selain program berbentuk kerohanian dan keinsafan, program berbentuk kesihatan turut diadakan iaitu Program Fat to Fit yang telah dijalankan bermula 5 Februari 2024 sehingga minggu terakhir bulan Ramadan. Tahniah diucapkan kepada pemenang program 'Fat to Fit’. Program kesedaran penyediaan pemakanan secara ‘homecooking’ dinamakan ‘Ketuk-ketuk Ramadan’ juga diadakan dimana peserta merakam video memasak di rumah dimana video yang menarik akan memenangi hadiah yang disediakan.
Semoga ukhwah dan kerjasama diantara pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka terus diperkukuhkan dalam sama-sama mendepani cabaran menguruskan alam sekitar di masa akan datang.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KESMA2024