PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Mesyuarat

PEMBENTANGAN LAPORAN ENVIRONMENTAL MANAGEMENT PLAN (EMP)

DOE WP Kuala Lumpur 30/03/2024 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMBENTANGAN LAPORAN ENVIRONMENTAL MANAGEMENT PLAN (EMP)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/03/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

22 Mac 2024, Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menerima Laporan EMP bagi projek naik taraf satu (1) loji kumbahan yang terletak di Mukim Batu. Laporan EMP ini dibentangkan oleh wakil pemaju dan juga jururunding bagi projek ini.

Pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS WPKL, Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari unit pemprosesan dan penguatkuasaan EIA JAS WPKL.

Pihak pemaju dan jururunding hendaklah sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 semasa peringkat cadangan pembangunan, pembinaan dan apabila projek beroperasi kelak.