PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Mesyuarat

PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA STRATEGIK BAGI PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM), KEPONG, KUALA LUMPUR.

DOE WP Kuala Lumpur 06/03/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA STRATEGIK BAGI PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM), KEPONG, KUALA LUMPUR.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/03/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

26 Februari 2024, WP Kuala Lumpur – Satu perbincangan strategik bagi program kesedaran alam sekitar telah diadakan di antara JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Perbincangan ini bertujuan merangka hala tuju dan jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi penganjuran program komunikasi, pendidikan dan kesedaran alam sekitar (comunication, education and public awareness – CEPA) yang berpotensi untuk dilaksanakan bersama pihak berkepentingan. Melalui sesi ini, JASWPKL turut mengadakan lawatan ke tapak-tapak Program “Green Community Model?? sedia ada yang dilaksanakan di FRIM. Semoga jalinan kerjasama ini memantapkan lagi hasrat kedua-dua pihak dalam mempertingkatkan usaha memberi kesedaran dan menyampaikan hebahan kepada orang awam. JASWPKL amat mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihak dalam aktiviti kesedaran alam sekitar dan sentiasa menyokong segala usaha murni dalam menyampaikan hebahan maklumat berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada golongan belia dan orang awam.