Penerangan
18 Februari 2024, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Taman Wahyu 2, Kuala Lumpur untuk mengadakan sesi Pameran dan Program Kesedaran Alam Sekitar bersempena dengan Karnival Sukan Rakyat.
Karnival yang diadakan di PPR Taman Wahyu 2 ini telah dirasmikan oleh Encik Aznee Bin Abdullah, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu. JASWPKL berperanan menyampaikan hebahan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar melalui program pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste) dan kempen larangan melakukan pembakaran terbuka kepada komuniti setempat. Melalui pameran yang bertemakan Hari Bumi iaitu Planet vs. Plastics, JASWPKL turut menganjurkan pertandingan mewarna kanak-kanak, permainan interaktif, sesi pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar dan demonstrasi pemeriksaan bunyi bising kenderaan dan asap hitam.
Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam dan komuniti setempat mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.