Penerangan
8 FEBUARI 2024- Pengarah JASWPL, Encik Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA telah menjalankan kunjungan hormat ke atas YB Ahli Parlimen W.P Labuan, YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman di Kompleks Ujana Kewangan Labuan.
Turut sama dalam sesi kunjungan hormat ini adalah 3 orang pegawai JASWPL. Semasa kunjungan hormat itu JASWPL telah memberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan JASWPL dalam memudahcara (facilitate) kelestarian pembangunan di W.P Labuan.
Perbincangan turut melibatkan jalinan kerjasama yang boleh disinergikan melalui pelaksanaan program yang yang melibatkan komuniti di W.P Labuan. Antaranya adalah program libat urus melalui taklimat & ceramah tentang Larangan Pembakaran Terbuka yang akan melibatkan sebanyak 27 buah kampung yang terletak di W.P Labuan.
Adalah diharapkan kelestarian pembangunan di W.P Labuan akan terus kekal terpelihara dan sejahtera.