Penerangan
8 FEBRUARI 2024, KEPALA BATAS: Satu taklimat berkenaan Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar sesi 2023/2024 telah disampaikan kepada sekolah-sekolah di Seberang Perai yang menyertai Anugerah Sekolah Hijau sebelum ini.
Tuan Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang yang telah menyempurnakan majlis ini turut mengalu-alukan penglibatan sekolah- sekolah di Pulau Pinang terutamanya yang mengambil bahagian dalam Anugerah Sekolah Hijau untuk menyertai Program Sekolah Lestari. Ini adalah kerana elemen hijau yang telah dipraktikkan adalah bertepatan dengan konsep Sekolah Lestari.
Taklimat SLAAS telah disampaikan oleh Pn Norma Abd Razak dari JAS Pulau Pinang bersama wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Encik Chen Thean Hock dan Puan Lee Yee Yong dari SJKC Mak Mandin yang telah memenangi Anugerah Sekolah Lestari Pulau Pinang bagi sesi 2020/2022.
Jabatan Alam Sekitar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada sesi taklimat kali ini dan sekalung penghargaan jua kepada semua sekolah yang menyertai Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) di atas sokongan berterusan dan komitmen yang ditunjukkan.