PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Mesyuarat · Rakan Alam Sekitar (RAS) · Sekolah Lestari

KUNJUNGAN MESRA DAN LAWATAN TAPAK PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 31/01/2024 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN MESRA DAN LAWATAN TAPAK PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/01/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

22 Januari 2024, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan satu kunjungan mesra ke Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur sempena pameran yang akan berlansung sepanjang Karnival Keusahawanan SKS pada 27 Januari 2024. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi Program Pengumpulan Ewaste diperingkat sekolah, penyertaan Sekolah Lestari dan pameran kesedaran alam sekitar. Adalah diharapkan dengan terjalinnya kerjasama ini dapat memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar. JASWPKL sentiasa menyokong segala usaha murni dalam menyampaikan hebahan maklumat berkaitan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada golongan belia dan orang awam.