PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Mesyuarat

LAWATAN TAPAK PROJEK PELAKSANAAN PENTERNAKAN AYAM MAIWP LABUAN

DOE WP Labuan 24/01/2024 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK PROJEK PELAKSANAAN PENTERNAKAN AYAM MAIWP LABUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

Khamis, 11/01/2024 - Satu lawatan tapak bagi pelaksanaan projek penternakan ayam MAIWP Labuan telah diadakan dan dihadiri oleh beberapa Jabatan dan Agensi seperti Jabatan Veterinar, Perbadanan Labuan, Jabatan Alam Sekitar WP Labuan yang dihadiri oleh En Muhammad Muniff Adha Bin Asnawi, Puan Olivia Johnye dan Encik Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim serta PELADANG. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan awal oleh Jabatan dan Agensi untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Melalui lawatan, dapat dikenalpasti bahawa radius tapak projek dengan kawasan perumahan terdekat adalah lebih kurang 200 meter. Penternakan ayam ini dirancang untuk dilakukan dalam kawasan tertutup bersaiz 8000 kaki persegi dan dijangka mampu menampung sehingga 10,000 ekor ayam. Projek ini akan disiapkan sekitar bulan Julai atau Ogos, bergantung kepada kelancarannya. Sekian dimaklumkan.