Sambutan Utama JAS / Mesyuarat

MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN/AGENSI KERAJAAN WP LABUAN BERSAMA-SAMA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN)BILANGAN 1 TAHUN 2024

Oleh 4dm1n@d03 · 24/01/2024 · 0 paparan

12 JANUARI 2024- Mesyuarat telah dihadiri oleh 85 wakil daripada Jabatan /Agensi di Wilayah Persekutuan Labuan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dr Zaliha binti Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang telah menyampaikan kata-kata aluan serta sedikit perutusan sebelum mesyuarat dimulakan. Wakil daripada Perbadanan Labuan (PL) telah menyampaikan pembentangan mengenai Pembinaan Jambatan daripada Labuan ke Menumbok, Sabah serta pembentangan mengenai Draf Struktur Labuan 2040. Seterusnya, Pengarah Kesihatan WP Labuan, Dr Francis Paul telah memberi taklimat mengenai isu-isu perkhidmatan kesihatan di WP Labuan seperti fasiliti dan perjawatan. Selain itu, beberapa isu-isu yang dibangkitkan oleh ketua-ketua Jabatan WP Labuan turut dibincangkan. Antaranya, Pengarah Jabatan Mufti WP Labuan memaklumkan cadangan untuk membina balai cerap dan juga Pusat Pengajian Darul Iftak bagi menjadikan WP Labuan sebagai salah satu pusat pembelajaran dan penyelidikan dengan kewujudan kemudahan tersebut telah pun dibincangkan dengan pengurusan teratas di Jabatan Mufti .Beliau memohon pandangan persetujuan untuk semua agensi kerajaan yang hadir pada mesyuarat ini. Pengarah JKR WP Labuan pula telah menyentuh serba sedikit isu pembangunan yang di WP Labuan merangkumi kos bekalan mentah, logistik,tenaga pekerja dan pengangkutan yang menjadi kekangan utama di WP Labuan yang menyebabkan tempoh pembinaan menjadi lebih panjang berbanding di negeri lain. Wakil daripada Jabatan Perikanan telah membangkitkan isu untuk memohon menyediakan fasiliti pemecah ombak di Jeti Perikanan ILKM yang mana dikawal selia oleh Jabatan Perikanan sendiri bagi kemudahan untuk perikanan laut dalam dan pesisir laut. Akhir sekali, wakil daripada Jabatan Penerangan memohon semua ketua-ketua jabatan yang hadir untuk memaklumkan kepada pegawai-pegawai di Jabatan masing-masing bagi mengisi maklumat di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memudahkan proses pengesahan data dan maklumat individu untuk pelbagai tujuan seperti bantuan kerajaan dan program sosio-ekonomi._x000D_ Terima Kasih.

Penganjur
DOE WP Labuan
Fail / Media (11)
  • 20241908154420271.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420309.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420344.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420369.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420401.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420423.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420461.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420485.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420510.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420538.jpg .jpg Buka
  • 20241908154420567.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS