Penerangan
Pada 11 November 2023, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dengan kerjasama R-Sync Technical Resources Sdn. Bhd. dan Greenviron Resources telah menjayakan Pertandingan “Envirohunt Challenge 2023?? di Setia Fontaines, Kepala Batas bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Program yang dikendalikan oleh unit Penguatkuasaan EIA ini telah disertai oleh pasukan dari Pejabat Perhutanan Daerah Seberang Perai Selatan, Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara, MSM Prai Berhad, RNO Penang- Pegawai Wakil Tentera Laut Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Stesen Janakuasa Gelugor (TNB), Penang Development Corporation (PDC), Cycle Trend Industries Sdn. Bhd. dan IJM Construction. Para peserta perlu melalui pelbagai cabaran yang telah disediakan di sepanjang laluan kawasan taman rekreasi Setia Fontaines Herritage Park.