Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 05/12/2023
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
Pertandingan Mewarna ini diadakan pada 11 November 2023 bersempena dengan Hari Alam Sekitar Negara 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang melibatkan Kerjasama di antaara JAS Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Unit Kenderaan Bermotor dengan Cycle Trend Industries Sdn.Bhd. dan Chee Wah Corporation Berhad. Seramai 60 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun telah menyertai Pertandingan Mewarna Kanak- Kanak. Pertandingan ini telah diadakan di Setia Fontaines, Kepala Batas.
Para peserta telah disediakan dengan kit mewarna dan lukisan bermotifkan alam sekitar. Selain aktiviti mewarna, kuiz alam sekitar turut diadakan kepada kanak-kanak ini untuk menanam minat dan kecintaan kepada alam sekitar. Pelbagai hadiah menarik disediakan di sepanjang program ini berlangsung dan sebanyak 15 orang pemenang telah terpilih.