PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 05/12/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
05/12/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Setia Fontaines, Kepala Batas Pulau Pinang. Majlis ini telah dihadiri oleh rakan strategik JAS Pulau Pinang yang terdiri daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pihak industri, insititusi pengajian tinggi awam, pertubuhan bukan kerajaan, juruperunding dan sekolah. Majlis dirasmikan oleh Encik Zuhair bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang, mewakili YB EXCO Perumahan dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Sundarajoo a/l Somu. Majlis diadakan dengan kerjasama Setia Fontaines ini adalah bagi memberikan penghargaan di atas kerjasama dari pelbagai pihak yang menyokong usaha Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dalam menjayakan program kesedaran alam sekitar sepanjang tahun 2023. Sebanyak 36 rakan strategik yang terlibat dalam program kesedaran alam sekitar bersama JAS Pulau Pinang telah diraikan dan diberikan penghargaan. Anugerah CEPA HASN 2023 Pulau Pinang telah diperkenalkan bagi tahun ini bagi menghargai kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan kepelbagaian program kesedaran alam sekitar secara berterusan saban tahun. Penerima Anugerah CEPA HASN 2023, JAS Pulau Pinang telah diberikan kepada MSM Prai Berhad, UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara.