Penerangan
JAS Pulau Pinang telah menyertai program "Alamku, Tanah Airku" anjuran Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara yang diadakan di Tropical Spice Garden, Pulau Pinang pada 2 September 2023.
Program ini turut disertai oleh wakil dari Jabatan Taman Negara Pulau Pinang, Pejabat Wakil Tentera Laut (PWTL) Pulau Pinang Resident Naval Officer Penang - TLDM Penang dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara melalui sikap menghargai dan bersama dalam memelihara khazanah alam semulajadi yang tidak ternilai harganya. Semakin manusia mengenal alam, semakin manusia mengenal kebesaran penciptaNya.