Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA 2023 BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA OLEH MSM PRAI BERHAD

Oleh Zulkifli · 05/12/2023 · 0 paparan

23 OKTOBER 2023, PERAI - Majlis Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia 2023 bersempena Hari Alam Sekitar Negara anjuran MSM Prai Berhad telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Encik Norazizi bin Adinan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang turut hadir sama menyampaikan ucapan penghargaan dalam majlis hari ini._x000D_ _x000D_ Kehadiran tetamu -tetamu kehormat dari MBSP dan JAS Pulau Pinang telah disambut baik oleh Encik Cheah Poh Lye, Ketua Operasi MSM Prai Berhad bersama pengurusan kanan dan kakitangannya._x000D_ _x000D_ Dalam majlis ini, sebanyak 10 anak pokok bakau jenis api-api telah disempurnakan penanamannya oleh tetamu kehormat pada majlis ini dan baki sebanyak 140 anak pokok bakau akan ditanam secara berperingkat di dalam kawasan kilang MSM Prai Berhad ini. Secara keseluruhannya sejak tahun 2021, MSM Prai Berhad telah berjaya menanam sebanyak 2050 anak pokok bakau termasuklah di Pusat Penyelidikan Kecil Hutan Paya Laut, Sg Acheh Nibong Tebal._x000D_ _x000D_ Minggu Alam Sekitar Malaysia 2023 anjuran MSM Prai Berhad yang berlangsung pada 23- 27 Oktober 2023 ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti kesedaran alam sekitar termasuklah ceramah kesedaran yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan pakar alam sekitar yang terpilih.

Penganjur
DOE Pulau Pinang
Fail / Media (5)
  • 20241908154415391.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154415410.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154415423.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154415441.jpeg .jpeg Buka
  • 20241908154415461.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS