PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

PROGRAM KENALI ALAM SEKITAR BERSAMA KANAK-KANAK TADIKA PERPADUAN BERTAM INDAH KEPALA BATAS SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2023

DOE Pulau Pinang 04/12/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KENALI ALAM SEKITAR BERSAMA KANAK-KANAK TADIKA PERPADUAN BERTAM INDAH KEPALA BATAS SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
04/12/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

18 OKTOBER 2023, TELUK BAHANG - Keriangan kanak-kanak Tadika Perpaduan Bertam Indah jelas terpancar apabila diberi peluang mengenali keunikan alam dengan lebih dekat dan merasai pengalaman yang menarik. Bertempat di Entopia Pulau Pinang, program anjuran Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah dimulakan dengan sesi penerangan berkenaan ozon dan pentingnya penjagaan alam sekitar kepada murid-murid yang hadir.   Dalam pada itu, sesi pengkayaan ilmu melalui kuiz alam sekitar, bercerita dan bacaan ikrar Rakan Alam Sekitar telah disampaikan oleh murid-murid Tadika Perpaduan ini sebelum lawatan sambil belajar ke Entopia dimulakan. Pelbagai informasi berkenaan alam semulajadi di sini terutamanya tentang keunikkan rama- rama dan serangga lain dapat dipelajari. Lawatan kenali alam ini tidak terhenti setakat itu sahaja tetapi diteruskan lagi ke Taman Rimba Teluk Bahang. Di sini, murid- murid telah didedahkan dengan kepentingan menjaga sumber air dengan kesihatan manusia. Murid murid Tadika Perpaduan ini diberi peluang menguji tahap pH air yang telah disediakan untuk tujuan pembelajaran.