Penerangan
21 OKTOBER 2023, NIBONG TEBAL - Penghayatan alam melalui Program "Nature Walk" ini telah memberi peluang kepada pada para peserta dari Dexcom Malaysia merasai sendiri keindahan alam semulajadi di kawasan ini. Di samping itu, para peserta perlu menjalankan aktiviti alam sekitar yang telah disediakan di setiap checkpoint yang dikendalikan oleh urusetia dari Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.
Program ini yang turut dihadiri oleh Tuan Norazizi Bin Adinan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menyempurnakan penanaman pokok kebangsaan iaitu Pokok Merbau bersama barisan pengurusan tertinggi Dexcom Malaysia di taman negeri ini.
Penerangan penuh informasi tentang spesis pokok hutan turut disampaikan oleh En Mursheed, Pengawas Hutan Pejabat Perhutanan Daerah Seberang Perai Selatan di pameran yang telah disediakan.
Kakitangan Dexcom seramai lebih kurang 100 orang ini turut menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dengan membaik pulih dan mengecat semula taman permainan dan fasiliti sekitarnya.