PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

EWASTE DIKITAR BUMI TERPELIHARA BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023

DOE Pulau Pinang 04/12/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
EWASTE DIKITAR BUMI TERPELIHARA BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
04/12/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

28 OKTOBER 2023, KEPALA BATAS - Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan satu Kempen Pengumpulan E-Sisa Isi Rumah bagi memudahkan komuniti setempat untuk melupuskan e-sisa dengan cara yang betul dan selamat.   Kempen yang diadakan di perkarangan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara bersempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 itu telah mendapat sambutan yang baik dari komuniti setempat. Melalui kempen ini juga, ia secara tidak langsung dapat menyalurkan maklumat terkini berkenaan kepentingan melupuskan e-sisa dengan cara yang betul. Peranan komuniti juga amat penting di dalam menyokong usaha-usaha sebegini bagi mewujudkan persekitaran alam sekitar yang lestari dan sempurna.   Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang akan terus menjalankan kempen-kempen sebegini di masa akan datang bagi menyemai kesedaran yang positif bagi mewujudkan persekitaran yang sihat serta kondusif untuk didiami oleh komuniti setempat.