PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023

DOE Negeri Sembilan 30/11/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/11/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sembilan 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir YB Veerappan a/l Superamaniam Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan dan Ketua Pengarah Alam Sekitar Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar. Majlis turut dihadiri pelbagai agensi kerajaan dan agensi swasta. Pelbagai acara dan pertandingan dijalankan sepanjang program berlangsung seperti Pertandingan Rekacipta menggunakan bahan-bahan terpakai, Pengumpulan E-Waste, Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Pertandingan Kutipan Botol Kaca, Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Pertandingan Memasak, Aktiviti Capan, Aktiviti Senamrobik dan Envirowalk, Cabutan bertuah, saringan kesihatan, Sembang Santai, Persembahan Sajak dan sebagainya. Pameran-pameran dari agensi lain turut diadakan. Program peningkatan kesedaran semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan kesedaran telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar Intitusi Pengajian Tinggi, sekolah- sekolah dan orang awam. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama