PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI SMK TAMAN BUKIT MALURI, KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 25/11/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI SMK TAMAN BUKIT MALURI, KUALA LUMPUR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/11/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

21 November 2023, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk mengadakan sesi Pameran Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2023 oleh  Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Yazid bin Alias, Pengetua SMK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah pegawai dari JASWPKL. Selain pameran, pelbagai aktiviti lain dijalankan seperti taklimat pengurusan alam sekitar, pertandingan mencipta peta minda, permainan interaktif, kempen pengumpulan bahan kitar semula dan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah melalui pendekatan 4 konsep utama iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum.  Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat memberi impak yang positif kepada semua warga sekolah dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terlaksana.